PAJAK GADAI EMAS : AR-RAHNU vs PAJAK GADAI BUKAN ISLAM / KONVENSIONAL

by emasgsr on October 23, 2012

Ar-Rahnu pajak gadai emas Islam

Sistem Ar-Rahnu Diyakini

MEMANG sedih melihat ramai umat Islam terpaksa berurusan dengan institusi pajak gadai bukan Islam atau konvensional yang mengamalkan riba serta caj lain yang tinggi sehingga memudaratkan peminjam. Mereka sanggup beratur panjang mendapat wang segera bagi keperluan masing-masing biarpun terpaksa berurusan dengan institusi yang tidak Islamik.

BEZA PAJAK GADAI KONVENSIONAL & AR-RAHNU

Pajak gadai bukan Islam mengenakan kadar bunga yang tinggi selain berhadapan risiko kehilangan barang kemas yang digadaikan jika gagal menebus kembali. Ada menggunakan wang daripada pajak gadai itu untuk keperluan keluarga termasuk membeli makanan dan pakaian, malah ada bagi membiayai pengajian sekolah anak yang tinggal di asrama dan universiti.

Keadaan ini menjadikan pajak gadai konvensional begitu dekat dengan masyarakat yang amat memerlukan sumber kewangan. Kadangkala mereka malu untuk meminjam daripada saudara-mara atau sahabat. Masalah birokrasi institusi kewangan bertauliah sedia ada pula mengenakan prosedur pinjamannya sangat ketat menyebabkan mereka tiada pilihan.

Dengan proses serta prosedur pinjaman wang yang mudah tanpa dokumen rumit menjadikan kedai pajak gadai bukan Islam tumpuan masyarakat. Berdasarkan sejarah, perniagaan pajak gadai di Malaysia adalah perniagaan tradisi yang dibawa masuk orang Cina berketurunan Hakka sejak 1871.

Melihat kepada senario semasa, keperluan terhadap sistem pajak gadai yang lebih telus dan tidak mencekik darah amat mendesak.

SEJARAH AR-RAHNU DI MALAYSIA 

Penubuhan pajak gadai Islam yang dikenali sebagai Ar-Rahnu adalah jawapan kepada masalah itu. Ar-Rahnu adalah kaedah di mana suatu barang yang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya jika hutang itu tidak dapat dijelaskan.

Ar-Rahnu YAPEIM

Ar-Rahnu YAPEIM

Ar-Rahnu adalah pajak gadai berlandaskan syariah yang diperkenalkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) sejak 1993 yang dimanfaatkan lebih 4.3 juta orang.

Perkembangan program berkenaan sangat memberangsangkan khususnya bagi menjana pendapatan penyedia dana. Sebanyak 63 cawangan Ar-Rahnu yang dikendalikan secara langsung oleh Koperasi YAPEIM Berhad sejak tahun 2000 dan bakinya Bank Rakyat sejak 1993 dan dua institusi lain bagi mengendalikan program itu. Hasil daripada kejayaan terbabit, banyak negara serantau menunjukkan minat dan mahu mengguna pakai model Ar-Rahnu yang dilaksanakan Malaysia.

Walaupun perkembangan perniagaan pajak gadai Islam amat menggalakkan, menurut Barjoyai (1999), nilai gadaian pajak gadai konvensional menguasai kira-kira 82 peratus pasaran dengan jumlah pinjaman RM1.5 billion.

Pajak gadai Islam hanya menguasai 15 peratus pasaran dengan nilai pinjaman RM275 juta. Namun, yang menarik masyarakat bukan Islam turut memberi sambutan terhadap skim Ar-Rahnu.

Jika umat Islam sedar kepentingan pajak gadai Islam, insya-Allah masalah yang selama ini membebankan mereka akan dapat diselesaikan. – Harian Metro

Like page emasfizikal untuk mengikuti update-update akan datang.

{ 6 comments… read them below or add one }

Ismail December 17, 2012 at 1:16 pm

Arrahnu hanya indah khabar dari rupa,pemajakkan hanya barang kemas sahaja tetapi tidak menerima dalam bentuk dinar atau jongkong emas. Maka pemilik dinar atau jongkong emas tiada pilihan terpaksa ke pajak gadai konvensional. Siapakah yang bersalah apabila ada yang hendak ke arah keislaman tetapi birokrasi menghalang. Fikir-fikirkanlah.

emasgsr January 23, 2013 at 2:35 pm

Gold bar GSR dan Dinar Syifa GSR diterima di Ar-Rahn PKB seluruh Malaysia. Untuk senarai cawangan Ar-Rahn boleh rujuk sini >> http://www.arrahn.pkb.net.my/

shafik October 26, 2013 at 2:36 pm

boleh cba di ArRahn ermodalan Kelanan Berhad. sanga mdah

nurlisa February 21, 2014 at 6:50 am

mana nk cari pajak gadai ar rahnu sekitar shah alam ni ye

baharum May 31, 2014 at 1:59 pm

Mane nk cari pajak gadai emas 999,9 PAMP , ar rahnu mane? sila beri panduan.

James August 31, 2014 at 6:11 pm

Saya telah memajakan seutas kalung dengan nilai seribu ringgit pada 2012,diikuti rm600 8 bulan kemudian di sebuah kedai pajak gadai KONVENSIONAL. lalu 4 bulan kemudian diikuti pula dengan rm300 menjadikan jumlah rm1900 Sepajang tempoh 6 bulan saya hanya memperbaharui surat pajak berkenaan dengan kadar 2 peratus….
Boleh tak komen yang macam mana kedai pajak gadai KONVENSIONAL ..yang mencekik tu. terima kasih.

Leave a Comment

Previous post:

Next post: